Breakfast@hotel UiTM

hi all........


aku sebenarnya tertekan sangat ni...that y aku cuba releasekan dengan update blog aku yang sunyi ni...


semalam (29 April 2010) kami sekeluarga (keluarga Jabatan Pengurusan Maklumat) telah pegi makan-makan pagi@hotel UiTM je...konon-kononyer nak celebrate si Po Ngan Fakh... Pesanan untuk Po...biler la agaknya akak nyer projek tu nak siap...dah berjanggut akak tunggu sampai anak akak pun dah 5 1/2 bulan....jangan ko simpan sampai anak kedua akak lak... -pesanan penaja ni...siap projek, boleh tuntut payment!


By the way, malam tu baru aku nak diet, pagi tu dah melantak meehon, nasi goreng, soto, bubur nasi, roti bakar n bla bla bla...hehehheh...


layan jer la gambar2 kitorang ni.....





- ladies in JPM -



- Aku tersaut dengan bunjut2 skali- ingatkan ayam!


- ni la Po (yang rambut panjang bak kata Prof H tu...tet! hehehhe & Fakh yang ala-ala pelayang siam tu)


- sedapnyer-




sekian sajalah...tapi aku masih TERTEKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

_Happy Aniiversary Sayang...._

Happy Anniversary to my luvly husband Mohd Azwan Sairy...yang ke - 2 tahun pada 26 April 2010 yang lalu...

Nota dari isterimu...


sayang, terima kasih kerana telah banyak berkorban demi isterimu ini...menjadi teman, menjadi rakan, menjadi pengkritik, menjadi rakan kongsi, menjadi suami dan papa yang sangat penyayang..



Telah banyak cabaran dan dugaan yang kita hadapi bagi memahkotakan cinta kita sehingga ke hari ini dan membuahkan seorang putera yang sangat comel iaitu Azra Aaqil Zuhayr. Biarlah apa saja yang mendatang, biar apa jua tentangan mama berdoa semoga hanya ajal maut dapat pisahkan kita..


Bukan wang ringgit yang kita minta, bukan sponsor yang kita minta dan juga bukan harta.... itu semua kita dapat usahakan sendiri.... tetapi kenapa payah untuk merestui, kenapa susah untuk menerima kenapa susah untuk memberikan kita peluang....

Sayang....

kita telah hadapi saat pahit itu, waalaupun parutnya masih berbekas dihati mama...takkan mama lupakan sehingga ajal datang menjemput.terima kasih diatas segala sokongan yang papa berikan...mama tahu papa cuba memenuhi semua impian mama yang pernah hancur seketika dulu...thanks sayang...yang penting bagi mama ialah kebahagiaan kita sekarang.

Sayang....

iam not a perfect wife not even a perfect mother but i will give my best to both of u. InsyaAllah. Bimbinglah mama...

Berjumpa dan bercinta dengan sayang umpana anugerah yang diberikan oleh yang Esa. Tiada apa yang lebih indah dari itu.

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah perkahwinan kami sehingga ke akhir hayat kami berdua. Rahmatilah dan lindungilah kami sekeluarga dibawah lembayung rahmat mu ya Allah. Murahkan rezeki dan permudahkanlah urusan duniawi dan ukhrowi kami.. jauhilah kami dari dengki, khianat dan perbuatan jahat manusia disekeliling kami. Amin ya rabbal alamin...






Meeting Meeting Meeting & Meeting again

11:19 PM by @AzurAzwan@ 0 comments
hi all...

Dah lama aku tak update blog ni...Camne nak update Bz memanjang...samapi kadang-kadang nak wat "aktiviti" pun kena curi-curi... Hmmm...

Saja je nak tunjuk gambar-gambar keBzan aku:-

Its start from Feb 2010 lagi for Program Mengubah Destini Anak Bangsa









ape la fotographer ni amik gamba aku curi-curik







Ni masa sambutan hari bumi bersama JAS









meeting lagi..........





-setia yang berUsaha- hehehhe...banyak lagi gambar meeting tapi bosan la...setiap kali meeting kerja pun bertimbun...hehehehe

Apa-apa aje la!

Hi all!

Apa mood aku hari ini???kenapa aku macam ni???tertekannya!Bukan kerana kerja yang melambak2 kat atas meja aku ni..... dah tentu bukan kerana suami tercita @ anak tersayang ...semuanya kerana.............


kerana.............


kerana milk production aku merudum lagi! ni mesti kerja kawan baik yang dah jenga-jengah tu....risaunya aku...tapi aku buat tak layan sangat. bila la aku punya Medela breast pump tu nak siap service... hu....

merindui hasil yang awal bulan ini...best! tak kira pagi, t/hr, ptg or mlm = masyuk jer.




Hasil yang masyuk....cepat la kembali



Apa lagi nak aku cuba ni????? jantung pisang?= dah pegaga?= dah karot?= dah bayam?=dah cheese?=dah pil moridone?=dah air teh logan+kurma merah?=dah cakap je la ape yang maybe aku tak tulis kat sini...semua dah aku cuba. hu hu hu hu....

Ponteng sesi mengepam?????? = TAK PERNAH walau sesibuk mana pun aku
Aaqil kurang direct feeding?????? = Lately ni dia kerap direct BF especilly malam = 3 kali dia akan BF, memang aku suka Aaqil Bf kerap waktu malam/siang.
Aku ada ambil ubat/drugs = TAKDE langsung!
Aku p------- = BELUM LAGI... Aaqil taknak adik lagi. dia nak bermanja dulu



ni masa outstation ke Kuantan...aku tetap buat rutin harianku untuk anak tersayang.

kadang-kadang aku soh Aaqil doakan semoga aku banyak susu... coz aku dah berjanji dengan dia semasa dia dalam kandungan lagi yang aku akan susukan dia sehingga umo dia 2 thn atlest.


Ni masa aku g Kuantan_aku tetap tak lupa pump even terpaksa curi2 masa.

Ya Allah ya tuhan ku....berikanlah hamba mu ini kekuatan dan rezeki yang banyak (susu) supaya aku dapat menjalankan tanggungjawabku kepada anakku dan tanggungjawabku kepada Mu Ya Allah dengan sebaiknya. Amin......

Cepat la masa suram ini berlalu.....







- Berdosanya mama pada Aaqil andai mama gagal dalam menjalankan tanggungjawab untuk menyusukan Aaqil sehingga at least 2 yrs..







_senyumanmu membuatkan mama rasa sangat gembira, bersyukur, sangat terharu yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata...setiap kali ambil dari rumah babysitter, Aaqil akan memberikan senyumnya pada mama papa - mama rindu awak!

- His First Time -

Memiliki anak meyebabakan segelintir ibu bapa sentiasa bersedia untuk merakamkan momen-momen indah si kecil. Segala-galanya nak diabadikan sebagai kenangan yang abadi. Begitu juga dengan aku, tapi aku takde la extreme sangat. Tapi almost semua detik-detik pertama si manja sempat aku abadikan dalam gambar. Jom kita tengok!


First Time Bergambar - Aaqil masa dalam Labour Room, less than 1 hour selepas lahir. Detik indah buat mama & papa







First Time balik rumah mama papa - 15 Nov 2009 sehari selepas dilahirkan








First Time Naik Buai - Lebih kurang dalam 5 - 7 hari selepas lahir. Aaqil siap boleh senyum suka dibuai oleh Kakak Rina



First Time Beraya Haji - Dalam 2 minggu selepas dilahirkan





First Time botak - 25 Dis 2009 untuk majlis cukur jambul



First Time naik Pelamin. Of course lepas ni anak mama papa akan naik pelamin lagi untuk persandingan sendiri - masa ni naik pelamin untuk majlis berendoi. Mama papa doakan semoga sayang dipermudahkan segala urusan terutamanya dalam membina perkahwinan dan semoga sayang mendapat isteri yang solehah.



First Time Meniarap - 14 Feb 2010 (genap usia Aaqil 2 bulan dah boleh meniarap)






First Time Demam - masa mencabar dan menguji mama & papa especially bila tengok anak kesayangan tak sihat - 3 Apr 2010




First Time Merangkak - 13 Apr 2010 - Lor...demam nak merangkak rupanya sayang mama papa ni...



Ada gambar yang lebih jelas Aaqil merangkak tapi censored sikit...belum sempat edit. Doa mama semoga Aaqil akan dipermudahkan dalam segala urusan especially your first time coz banyak lagi yang akan dilalui dalam kehidupanmu nak.

Arghhhh.................

Hmmmm..... dah lama tak update blog ni...terabai. tak sempat la...kat ofis Bz la teramat sangat! Hari ni Aaqil dah 5 blan... Perkembangan terkini Aaqil, dia semakin lasak, semakin bising mulut tu, ngomel je. lawan-lawan jerit dengan mama papa. Dah semakin manja especially dengan papa. Baru je mama tinggal 1 hari g Kuantan (tu pun balik hari) Aaqil dah nak papa dia tidurkan. Best la mama, dapat tidur awal dulu. hehehe






Since last week, Bz dengan meeting, flight ke Kuantan dengan boss setelkan urusan untuk anak bangsa... itu lah nikmatnya bekerja dengan >>>> ni.


Last week juga Aaqil demam... since Sabtu (3 Apr). Mula2 aku tak tahu yang dia demam, tapi dia asyik ngamuk je...tapi lepas aku angkat dia tu....masya Allah! panasnya badan anak mama ni... terus ajak papa ke klinik... malam tu pula dia susah nak tido... dah terbangun tengah malam check suhu ... 38.9! mak oi panasnya....terus bawak g klinik tengah malam tu juga!


sampai la ke pagi baru Aaqil dapat tidor....mama papa pun susah hati! sangat! Tapi anak mama papa ni, dah baik sikit dah boleh senyum n main-main ngan papa.


Masa ni Aaqil dah baik sikit demamnya!

Semalam pula dapat berita gembira, opis mate aku dah selamat bersalin. Baby girl 3.7kg! Fuh! Semangat... dah g lawat. Best pegang baby dia coz rasa macam dah besar.

Ingat nak upload gambar lagi... tapi tak sempat la... c u!

Salam to all!

dah lama tak update blog yang memang tak seberapa ni...alkisahnya sebab aku BZ sangat2. Bz dengan kerja, bz dengan family...

Anyway last weekend seluruh keluarga sebelah hubby datang rumah keran diorang nak g jemputan sepupu hubby kat dewan FRIM. Not Bad, but :( hehhe malas nak cerita kat sini pasal layanan tuan rumah kat Kepong tu..


BF IN PUBLIC????

Aku tak kisah BF anak kesayangan aku in public..



Ini kisah shopping pula... dah lama sebenarnya aku nak gSarakids nak shop barang BF....so hari rabu lepas kami sekeluarga ke Sarakids & then ke Giant beli baju Aaqil...see what i have.........




ni baju tido Aaqil...murah2 jer..

Lilypie Breastfeeding tickers