Syukran

Syukur.......

syukur sangat, teramat2 atas beberapa perkara penting :

1. Aaqil dah boleh duduk without support
2. Aaqil dah mula memanjat
3. Papa dah kembali sibuk dengan kerja
4. Rezeki yang diberikan
5. Peluang yang dianugerahkan
6. Kesihatan yang diberikan
7. Keberanian yang semakin bertambah
8. Bengkel yang diuruskan telah selamat habis..hehehe
9. dikurniakan suami yang sangat memahami, penyayang & sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan Aaqil... sayang , thanx! i really appreciate it! especially the trip to Kuantan.
10. Atas Segalanya!

*Alhamdulillah**

Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur diatas nikmat kekuatan, ketabahan dan rezeki (air susu) yang engkau berikan untuk aku dan anakku. Alhamdulillah, hari ini genap usia Aaqil 6 bulan... cepat masa berlalu...sudah 6 bulan aku meyusukan Aaqil....syukur, gembira dan puas... nikmat sangat bila Aaqil makan dan minum apa yang aku makan dan minum yang menjadi susu... susah nak gambarkan dengan tulisan dan kata-kata.

Aaqil.........jom kita makan sayang.. Aaqil akan mula semi solid food.. beberapa persediaan awal telah aku buat eg cari info pasal solid food, tanya pediatric pasal pemakanan baby, dah beli kelengkapan khas (tapis, blender khas, bekas isi makanan -semestinye tupperware kak mimi dan sudu makan.) Stok pun aku dah penuhkan dalam peti sejuk dengan karot, epal fuji, kentang dan kentang manis..aku dah bertekad, hanya air tangan mama @ papa sahaja yang Aaqil akan makan. InsyaAllah. No biscuit, no nestum at all!

Bila review balik BF story aku...ada pasang surutnya. 2 bulan pertama tak ada masalah langsung, susu sangat banyak. Malam jer aku kena tukar 2@3 baju. Tapi dengan kekurangan ilmu, aku tak buat stok pun. Ruginyer dan menyesal bila difikirkan semula.

Mula kerja, pelbagai cabaran...susu drop, tekanan, takde masa nak pam susu...

Aku sangat2 bersyukur diatas sokongan suami tersayang. Belikan aku portable freezer, cooler bag, ice pack, siapkan cooler beg aku pagi-pagi n strile botol anak. Suami juga tempat meredakan tekanan perasaan especially bila sudu drop. Selain suami, aku juga berterima ksih kepada baby siiter anak aku Kak Ita. dia fully BF semua anaknya. Dialah yang banyak bagi dorongan dan sokongan moral pada aku..

Suatu ketika dulu aku tak yakin dapat menyusukan anak aku secara ekslusif, tapi alhamdulillah aku berjaya. Dah memenuhi polisi penyusuan susu ibu di Malaysia tetapi belum memenuhi polisi penyusuan yang maha esa. (at least lagi 1 1/2 tahun).

Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku. Amin...

Back to perkembanganAaqil dah pandai duduk with support. Alhamdulillah... Excitednya weekend ni....nak bagi Aaqil makan!


- mama papa sayang awak! -


My Little Son

Alhamdulillah....finally Aaqil dah recover dari batuk...aktiviti minggu ni sibuk...sibuk sangat dengan sikecik ni.....pegi potong rambut..(dah 3kali botak)heheh...



- Tomei tomei anak mama papa -



mama sayang awak!

Hari minggu g kawin kawan papa kat Keramat AU...hmmm...habis pipi aaqil kena cubit ajer..padahal masing-masing dah ada anak. Hari Sabtu pegi Mum and baby fair kat Midvalley ... sebat baju baru untuk aaqil.



Ya Allah terima kasih atas nikmat Mu ini... Alhamdulillah!

Mood BZ

salam...

hmmm. 4 ur info office aku ni dah BLOCK blog.... baru je aku nak berjinak-jinak membloggingkan diri dan kena BLOCK! takpe la...layan............

cerita minggu ni?????? dari last weekend Aaqil tak sihat... Demam & Batuk... it happen again for the second time...kesian sangat denar dia batuk & setiao kali batuk mesti nangis (sakit agaknya) tak kira la tengah tido ke tak. Risau betul tengok anak aku sorang ni... last monday dah bawak g jumpa pediatric dia kat UMRA, everything ok... Alhamdulillah... aku takut anak aku kena asma jer...both side genetically ada sakit tu...tapi pediatric Dr Meghana cakap Lung Aaqil clear...lega dengar.

Hopefully Aaqil akan cepat recover... dengan bantuan air purifier yang papa dia belikan... sejak guna air purufier ni ada perubahan la..macam dalam rumah tak berhabuk n malam-malam sejuk sikit bilik aku... aku usung air purufier tu masuk bilik.hehehhe

Cerita offis, tak habis-habis dengan segala macam kerja untuk program yang dirancang...semoga usaha kami ini diberkati dan dipermudahkan olehnya.






- ni cerita last week yang tak sempat nak publish dah kena BLOCK! hehehe