Best Practise

Syukur...

pada 13hb yabg lalu, telah berlangsungnya bengkel Amalan Terbaik & Anugerah Kecemerlangan Staf untuk perpustakaan. Untuk event ni aku hanya jadi peserta je, so belehlah bersenang lenang.

Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga kepada my boss atas Anugerah Staf Berdedikasi yang diberikan kepada aku.


- thanks big boss -


- rebentuk plak yang diterima -


- di kerusi peserta -

Sejujurnya, anugerah ni membuatkan aku jadi takut lak dengan benchmark yang diberikan. Semoga kerjaya aku akan berjalan lancar dan dipermudahkan Nya serta mencapai matlamat yang aku tetapkan...yang penting, tadi pagi boss dah cakap, next project is in Pasir Gudang. hehehehe

makan-makan raya

Assalamualaikum

kali ini nak kongsi cerita sikit pasal makan-makan raya yang telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Oct yang lalu. Menu???? haruslah kami suami isteri masak sendiri: -
1. Mee Bandung resepi ibu mertuaku
2. Nasi Impit tumbuk
3. Rendang ayam kasih
4. Sandwich sardin marbeles!
5. goreng-goreng jawa (tempe, keledek, tauhu)
6. Sambal Kicap, harus!
7. Buah tembikai

thanks a lot for those yang dapat datang, membe2 opis, jiran2 n kengkawan kami.Penat juga buat makan-makan ni dengan Aaqil yang semakin lasak.

Jom tengok gambar......


goreng-goreng


nasi impit tumbukan padu azwan


rendang butan tanganku


sandwich sardin marbeles


kuah mee bandung yang mendapat pujian ramai

hakikatnya cabaran untuk memasak menu diatas hanya aku ngan azwan je yang tahu ...hahahha

jom layan beberpa tetamu yang aku sempat ambil gambar. yang lain semua tak sempat...tuan umah sibuk!


thanks boss n family 4 coming



family kak yan


bakal pengantin yang sudi datang

huh..alhamdulillah semuanya berjalan lancar! thanks again for all. ada rezeki nanti kami buat open house lagi!

Aaqil 10 mon

Hi all!

nak update tentang perkembangan Aaqil pula. Hubby dah ingatkan untuk masukkan dalam blog takut terlupa nanti detik2 pembesaran anak.



Pencapaian 10+mon

1. dah pandai berjalan with support
2. Gigi 2 batang bawah, coming up lagi 2 batang kat atas
3. Dah pandai sebut perkataaan - kakak, membilang satu, dua, tujuh, tatih, amboi, dah? atok, hello....ne? yang penting, pandai panggil nama kawan dia Sara. geram je bila dengar dia bercakap!mama n papa dah lama aaqil pandai panggil. wan merajuk kerana aaqil tak panggil wan tapi panggil atok...hehhe, sabar ye kak, nanti aaqil panggil akak pula.
4. tak boleh berjanji kalo tak penuhi, dia akan meragam n akan cium2 gomol papa ask 4 something
5. Pantang diagah oleh anak pengasuhnya.. Aaqil rock! maka aaqil akan hangguk2 kepala macam dengar konsert rock.
5. dan paling penting, masih fully BF. Alhamdulillah

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anakku. Amin......

His First Time Part 3

Assalamualaikum....

dah lama tak berupdate blog ku ini....banyak benda yang berlaku. tak sempat rasanya. baru dapat menarik nafas lega. anyway belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua.

nak update info berkaitan anak bujangku yang sorang ni.

1. First time naik gigi - ketika berusia 9+ mons. 2 gigi di bahagian bawah. Next 2 is coming up dibahagian atas pula. Gigi yang menyebabkan Aaqil demam.



2. First time naik ride(betul ker????) aku pun taktau nama sebenar menatang ni. berlaku dalam bulan 8, ketika Aaqil berusia 9 bulan. wajib naik setiap kali pegi shopping. paling suka jenis kereta yang ada stereng.



3. First time Selsema - ketika demam naik gigi 9 mons++. Refering to the Pedia Dr Meghana, takde ubat untuk baby bawah 2 tahun untuk selsema. kena tunggu dia baik sendiri. kena selsema dalam 1 week. apa yang aku buat ialah sedut hingus aaqil pakai mulut.

4. First time raya aidilfitri - 10 Sept 2010
Sempat beraya dirumah kengkawan mama memandangkan tahun ini ialah giliran di Kedah. itupun hari raya kelima baru boleh beraya. kenapa??????????



5. First time demam campak - 9 Sept - 14 Sept
Sebab inilah hari raya kelima baru boleh beraya. until now, masih belum pakai baju raya sedondon keluarga. tunggu 23hb ni ada outdoor shooting raya baru officially pakai baju sedondon. papa pun pakai baju tu untuk solat raya je. mama papa tak pakai baju raya, pakai baju comot je pagi raya sebab takde mood, aaqil tak sehat.

6. First time potong rambut - semasa berusia 3mon, until now dah 4 kali potong di kedai, tak termasuk cukur rambut masa pantang dulu ye. paling lama rambut akan panjang dalam masa 2 bulan, lepas tu dah kena potong!

Rasa-rasanya itu ajelah dulu kot. nanti kalo aku ingat aku update semula ye.