Kaunseling Penyusuan vs Salam Ramadan

Assalamualaikum
Salam ramadan pada semua umat Islam. Semoga ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

alhamdulillah hari Isnin yang lepas saya bersama suami berkesempatan untuk menghadiri sesi kaunseling di Sarakids oleh Kak Farah.. sedar tak sedar hampir 2 jam juga kami berkaunseling penyusuan. Thanks a lot kak farah coz tak ramai yang sudi untuk berkongsi ilmu.

Sesi kaunseling bukan sahaja berkisarkan tentang penyusuan malah mengenai pemakanan Aaqil.. thanks once again, i really appreciate it. Maklumlah anak sulung, so saya n suami tak berapa pandai lagi. Selepas sesi kaunseling baru saya tersedar yang Aaqil dah besar rupanya...9 mons! nampaknya saya bersikap protective, iaitu terlalu protect anak especially dalam soal makanan sedangkan aaqil perlu mencuba pelbagai jenis dan tekstur makanan.

Saya juga akan melakukan power pumping untuk meningkatkan penghasilan susu sepertimana yang disarankan oleh Pn Farah. Thanks agains and agains coz telah banyak 'membuka minda' saya. Thanks juga pada suami yang sangat menyokong penyusuan saya untuk Aaqil dan meluangkan masa untuk bersama sesi kaunseling tersebut.

Untuk Pn farah
- Semoga dimurahkan rezeki
- Semoga selamat bersalin
- Semoga teruskan "jihad" penyusuan kerana penyusuan adalah saranan agama dan pada saya ianya satu jihat dan cabarannya amat besar!



- wajah kesayangan saya dan suami tidur sambil menyusu -



- quess what i'am doing????? memilk!-



- semasa Aaqil berumur 1 bulan -

Sungguh saya release selepas sesi kaunseling tersebut dan saya berazam untuk hanya memberikan yang terbaik kepada Aaqil tersayang.

Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku dan banyakkanlah air susu untuk anakku. sempena Ramadan yang mulia ini juga aku dan suami ingin memohon maaf sekiranya kami ada membuat kesalahan. Semoga kita semua diberkati. Amin...

0 Response to "Kaunseling Penyusuan vs Salam Ramadan"

Post a Comment

Lilypie Breastfeeding tickers