My BF Jorney

Assalamualaikum & salam ramadhan

setelah 14 hari berpuasa... Syukur, dengan berkat ramadhan susu pun semakin banyak. Semenjak menghadiri sesi kaunseling pada 6 Ogos yang lalu...sampai sekarang, aku masih dan makin suka membuat power pumping

Jadual Pump di Office
9 pg - 11 pg - 1 ptg - 3ptg

Direct Feeding
5ptg - 7 ptg - 9 mlm - 11 mlm

Pump waktu malam
3pg - 5pg -6.30pg

tetapi jadual pump tu mengikut fleksibiliti dan jika aku ada kelas, akan ku adjust, tetapi yang penting mesti 4x dan keatas sesi mengepam kat office! Tapi ingat ye, pump aku tak perlu dipegang boleh hfree walaupun bukan yang jenis HFree. dan tiada alasan untuk aku tidak menghadiri kursus harian. aku memerah dan mengepam dimana-mana sahaja : dalam surau, kat workplace, dalam kereta, airport, hotel bilik mesyuarat dll.

hari cuti : DF n marmet bila aaqil makan n tidur, yang lain mengempeng! Aqqil pernah tertidur duduk sambil menyusu dan pernah juga tertidur diatas dada mama sambil susu. Suggguh indah bonding itu! Syukur, stock susu aaqil semakin bertambah. hati berbunga riang.



Saya anak susu mama


lately ni suka buat mulut ikan

Nak kongsi jadual pemakanan Aaqil
7pg - DF
9pg - BF (Biskut, agar2, puding, caremel, kelapa jelly,koko crunch, sweet corn =mana2 yang ada la)+ susu Mama or fresh milk mengikut kesesuaian
12.30t/r - makan tengahari (bubur nasi dengan pelbagai perisa sayur dan lauk mengikut giliran)
2ptg - Susu Mama
4 ptg - kudapan & susu Mama
6 ptg - makan malam (bubur)
8 mlm -kudapan -kadangkala
8mlm-7pg - susu mama


kawan baik Aaqil - papa

berbalik pasal raya, kami sekeluarga dah fitting baju raya...sedondon! tak sabar rasanya nak beraya dengan Aaqil (boleh kutip duit raya)hehhehe

Oklah u olls.. selamat bepuasa..

Parenthood Expo Mid Valley



Salam Ramadhan...

Macam mana dengan puasa kengkawan semua???????dah bocor ke????hehehhe

Alhamdulillah hari sabtu yang lepas kami sekeluarga berkesempatan menghadiri Parenthood Expo di Mid Valley. Berkesempatan jumpa "Sifu" susu ku iaitu Kak Farah Sarakids. Dalam kesibukan kak farah sempat lagi melayan Aaqil yang manja siap salam dan peluk bahu kak Farah. My hubby said' aaqil nak say thank you pada farah la tu... kalau tak, dia dah terbabas minum FM! hehehe.. I said " betul la sayang, selalunya Aaqil tak macam tu" Anyway thank agains for Kak Farah and husband. Merasa aku nursing Aaqil dalam Nursing room yang disediakan oleh SaraLuna.


Berbuka puasa bersama majalah Pa&Ma. Thanks juga. tak banyak yang dibeli masa expo ni, cuma beli 2 buku panduan, 1 majalah Pa&Ma, dan mandiah herba dalam berpantang untuk aku... -salah satu cara milk booster juga tu!


Time lepas berbuka tu, jumpa my officemate dengan MIL die... berkenalan dengan baby Irdina.. so cute:)

thanks hubby atas segala sponsor yang diberikan dan masa serta tenaga yang dicurahkan. Muahmuah untuk Aaqil yang ceria sepanjang mama telajah expo!

Selamat berpuasa!

Kaunseling Penyusuan vs Salam Ramadan

Assalamualaikum
Salam ramadan pada semua umat Islam. Semoga ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

alhamdulillah hari Isnin yang lepas saya bersama suami berkesempatan untuk menghadiri sesi kaunseling di Sarakids oleh Kak Farah.. sedar tak sedar hampir 2 jam juga kami berkaunseling penyusuan. Thanks a lot kak farah coz tak ramai yang sudi untuk berkongsi ilmu.

Sesi kaunseling bukan sahaja berkisarkan tentang penyusuan malah mengenai pemakanan Aaqil.. thanks once again, i really appreciate it. Maklumlah anak sulung, so saya n suami tak berapa pandai lagi. Selepas sesi kaunseling baru saya tersedar yang Aaqil dah besar rupanya...9 mons! nampaknya saya bersikap protective, iaitu terlalu protect anak especially dalam soal makanan sedangkan aaqil perlu mencuba pelbagai jenis dan tekstur makanan.

Saya juga akan melakukan power pumping untuk meningkatkan penghasilan susu sepertimana yang disarankan oleh Pn Farah. Thanks agains and agains coz telah banyak 'membuka minda' saya. Thanks juga pada suami yang sangat menyokong penyusuan saya untuk Aaqil dan meluangkan masa untuk bersama sesi kaunseling tersebut.

Untuk Pn farah
- Semoga dimurahkan rezeki
- Semoga selamat bersalin
- Semoga teruskan "jihad" penyusuan kerana penyusuan adalah saranan agama dan pada saya ianya satu jihat dan cabarannya amat besar!



- wajah kesayangan saya dan suami tidur sambil menyusu -



- quess what i'am doing????? memilk!-



- semasa Aaqil berumur 1 bulan -

Sungguh saya release selepas sesi kaunseling tersebut dan saya berazam untuk hanya memberikan yang terbaik kepada Aaqil tersayang.

Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku dan banyakkanlah air susu untuk anakku. sempena Ramadan yang mulia ini juga aku dan suami ingin memohon maaf sekiranya kami ada membuat kesalahan. Semoga kita semua diberkati. Amin...

Work@PTAR

Alhamdulillah....


Genap 1 Ogos yakni semalam, genapla 3 tahun perkhidmatan aku di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam. Banyak kenangan pahit manis yang aku kumpul sepanjang masa yang singkat ini..

yang paling besar impak kerja ini adalah pada badanku...hahahha...bertambah2 kembang!tu yang paling ketara la! heheheh

sebelum kerja kat sini, aku pernah kerja as:

- Operator kilang - masa tunggu SPM dulu
- Guru ganti - 2 bulan aje
- Ass Manager KFC Bukit Bintang

FINALLY
Librarian in PTAR 1

As a librarian ni pula aku dah pernah ditempatkan di beberapa dept iaitu : -
- Cataloguing Dept - attachment 3 mon
- JPM
- Unit Kualiti - 3 to 4 mon je

FINALLY
back to JPM!







Gambar yang terkini...sangat debab!

Semoga Allah permudahakan urusan kerjaku dan semoga aku perolehi rezeki yang halal dan dijauhkan dari hasat dengki dan godaan syaitan. Ameeenn.........

Lilypie Breastfeeding tickers