Aku benci Prob ni

lately ni aku marah sangat dengan breast pump aku tu...suction tak kuat langsung walaupun dah kuatkan sampai habis. dah pernah hantar service, but sama aje...so sesiapa yang nak beli aku tak recommendkan Medela Mini-E hampagas! tension tul, susu tak kuar...huhuhuhu



hasrat dihati nak sebat Medela FS. senang kerja aku...tapi ongkosnya tak ramai lagi...simpan hasrat sampai hujung tahun ni ye...

"sayang...nak FS for anniversary cinta kita nanti" hehehhe

Bila papa jaga anak

9:43 PM by @AzurAzwan@ 0 comments
situasi ni kerapkali berlaku....anak dengan papa dah jadi macam geng. aku tengah memasak kat dapur kehairanan kenapa la anak dan suamiku senyap je...tak de bunyi bising macam biasa...ruapa-rupanya inilah aktiviti 2 beranak ni....



- papa n Aaqil yang sama-sama excited -



senangnya golongan papa jaga anak ye..hehehehe

"sayang, tak sabar nak tunggu Aaqibesar sikit, nak bagi dia main PSP, nak bawa dia g kedai, nak train dia main game bola" - pening kepala aku...

Aaqil Sayang Papa

9:28 PM by @AzurAzwan@ 0 comments
Assalamualaikum

seperti yang aku pernah cakap dalam entri yang sebelum ini, Aaqil suka sangat mencium papa dia... tanpa perlu disuruh! kadang2 kalau dia cium tak berbunyi papa dia akan cakap "tak bunyi pun, kiss la papa lag! so aaqil akan buat bunyi mmmmmmmmmmmmm.... geram je aku tengok, jeles pun ada...layan je la gambar yang sempat disnap ni





Aaqil akan kiss sambil mencalarkan muka papa...hehehheeh



papa pun sayang aaqil.....ni gamabar masa aaqil berusia 2 bulan...aku sangat suka gabar ni..

Membaca Jambatan Ilmu

9:22 PM by @AzurAzwan@ 0 comments



Beginilah gelagat Aaqil bila membaca buku (baca la sangat!) Ni sebenarnya buku touch n Feel.. sangat menarik, pemberian dari Anmum....hehehhe borang2 yang aku isi masa preggy kat UMRA dulu. banyak juga info2 yang berfaedah yang dihantar dan yang bestnya mengikut perkembangan umur baby. Aku tak minum susu, aaqil hanya BF tapi dapat juga walaupun aku takpernah beli barang Anmum. timacih...

His First Time Part II

Hi all... dah lama tak update blog...bukan kenapa, gambar tak dapat nak upload ada prob cikit..


Jom tengok apa Aaqil punya first time part II ni


1. First time teman mama g kerja outstation - 18 - 20 Mei Hotel Seri Malaysia Kuantan.


-tengok anak mama ni leka tengok TV kat hotel-

2. First time naik walker 26 June 2010. Even walker not so good for baby but we decide juga to buy untuk memudahkan menyuap aaqil makan.



-Aaqil hanya naik walker dengan perhatian/jagaan mama@papa sahaja. Suka main kejar2 dengan papa, berpeluh 1 badan.. sihat. sihat.



- masa ni tengah test walker kat babyland Summit-

3. First time mandi kolam - 13 Julai 2010. rasa2nya ni la gajet Aaqil yang paling susah nak cari. dari Shah alam sampai Kl, sampai mama kena book dulu, survey dll.. semuanya demi Aaqil







- aktiviti wajib hujung minggu kami sekeluarga - yahooo!!!!

best kan ada anak??best sangat! alhamdulillah.

BF Accessories

Saja nak tunjuk freezer yang hubby belikan dulu masa awal2 masuk kerja buat simpan susu masa kat office. but now aku prefer guna cooler bag jr.


comey kan????????



ramai yang nak.......but sorry!ni datangnya dari jauh. Singapore! yang lama lg 1 tu dah lego!

ps- siapa cakap BF murah??????????

Sebab Inilah Aku BF

6:40 PM by @AzurAzwan@ 0 comments
Hi salam...assalamualaikum

dah lama tak sempat nak update blog..

sempat blog walking and tertengok graf ni..



Salah satu sebab...dan inilah yang aku masih tegar dan akan terus tegar untuk fully Bf Aaqil sampai 2 tahun atleast. Lantaklah apa orang nak cakap, apa orang nak pikir kerana hanya aku je yang tahu dan boleh berikan yang terbaik buat anakanda tersayang.

yang paling aku tak suka bila orang cakap,..."senangla Bf, jimat, tak payah beli susu tepung" pantang aku orang cakap macam tu. Bukan masalah jimat, even BF lagi costly rather than FM. BF mom kena jaga pemakanan, kena ambil supplement yang maintenance dia beratus sebulan, kena ada gajet BF yang mahal2!.Bukan masalah duit!

Aaqil 8 mon

8 bulan yang manja, teramat manja:
- nangis kalau ditinggalkan seorang
- suka panjat kaki papa kalo namapak papa dia nak g mana-mana
- dah pandai berdiri with support (hobi dia memanjat aje)
- cepat bosan dengan sesuatu permainan - fenin mama papa nak beli mainan apa lagi
- suka main air - dah ada kolam sendiri
- dah pandai mencebikkan muka n nagis kalau mama marah...hehehhe
- dah pandai faham perasaan mama especially
- pandai mendengar kata ....alhamdulillah - berkat susu ibu barangkali
- badan agak susut sedikit coz lasak
- dah pandai main dengan walker dia...tapi kejab aje la, pas tu bosan
- hanya makan makanan yang dimasak oleh papa mama sahaja. bubur dengan pelbagai perisa
- suka makan buah
- suka cium papa, jeles mama dia



**credit tu kak rina 4 the mafla n kak aton for the snow cap**** for kak ira, jersey tu Aaqil tak muat lagi la...besar!

Doa mama: Semoga Aaqil sehat selalu, murah rezeki, jadi anak yang soleh.




Lilypie Breastfeeding tickers