*Alhamdulillah**

Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur diatas nikmat kekuatan, ketabahan dan rezeki (air susu) yang engkau berikan untuk aku dan anakku. Alhamdulillah, hari ini genap usia Aaqil 6 bulan... cepat masa berlalu...sudah 6 bulan aku meyusukan Aaqil....syukur, gembira dan puas... nikmat sangat bila Aaqil makan dan minum apa yang aku makan dan minum yang menjadi susu... susah nak gambarkan dengan tulisan dan kata-kata.

Aaqil.........jom kita makan sayang.. Aaqil akan mula semi solid food.. beberapa persediaan awal telah aku buat eg cari info pasal solid food, tanya pediatric pasal pemakanan baby, dah beli kelengkapan khas (tapis, blender khas, bekas isi makanan -semestinye tupperware kak mimi dan sudu makan.) Stok pun aku dah penuhkan dalam peti sejuk dengan karot, epal fuji, kentang dan kentang manis..aku dah bertekad, hanya air tangan mama @ papa sahaja yang Aaqil akan makan. InsyaAllah. No biscuit, no nestum at all!

Bila review balik BF story aku...ada pasang surutnya. 2 bulan pertama tak ada masalah langsung, susu sangat banyak. Malam jer aku kena tukar 2@3 baju. Tapi dengan kekurangan ilmu, aku tak buat stok pun. Ruginyer dan menyesal bila difikirkan semula.

Mula kerja, pelbagai cabaran...susu drop, tekanan, takde masa nak pam susu...

Aku sangat2 bersyukur diatas sokongan suami tersayang. Belikan aku portable freezer, cooler bag, ice pack, siapkan cooler beg aku pagi-pagi n strile botol anak. Suami juga tempat meredakan tekanan perasaan especially bila sudu drop. Selain suami, aku juga berterima ksih kepada baby siiter anak aku Kak Ita. dia fully BF semua anaknya. Dialah yang banyak bagi dorongan dan sokongan moral pada aku..

Suatu ketika dulu aku tak yakin dapat menyusukan anak aku secara ekslusif, tapi alhamdulillah aku berjaya. Dah memenuhi polisi penyusuan susu ibu di Malaysia tetapi belum memenuhi polisi penyusuan yang maha esa. (at least lagi 1 1/2 tahun).

Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku. Amin...

Back to perkembanganAaqil dah pandai duduk with support. Alhamdulillah... Excitednya weekend ni....nak bagi Aaqil makan!


- mama papa sayang awak! -


0 Response to "*Alhamdulillah**"

Post a Comment

Lilypie Breastfeeding tickers