Showing posts with label My Son. Show all posts
Showing posts with label My Son. Show all posts

His First Time Part 3

Assalamualaikum....

dah lama tak berupdate blog ku ini....banyak benda yang berlaku. tak sempat rasanya. baru dapat menarik nafas lega. anyway belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua.

nak update info berkaitan anak bujangku yang sorang ni.

1. First time naik gigi - ketika berusia 9+ mons. 2 gigi di bahagian bawah. Next 2 is coming up dibahagian atas pula. Gigi yang menyebabkan Aaqil demam.



2. First time naik ride(betul ker????) aku pun taktau nama sebenar menatang ni. berlaku dalam bulan 8, ketika Aaqil berusia 9 bulan. wajib naik setiap kali pegi shopping. paling suka jenis kereta yang ada stereng.



3. First time Selsema - ketika demam naik gigi 9 mons++. Refering to the Pedia Dr Meghana, takde ubat untuk baby bawah 2 tahun untuk selsema. kena tunggu dia baik sendiri. kena selsema dalam 1 week. apa yang aku buat ialah sedut hingus aaqil pakai mulut.

4. First time raya aidilfitri - 10 Sept 2010
Sempat beraya dirumah kengkawan mama memandangkan tahun ini ialah giliran di Kedah. itupun hari raya kelima baru boleh beraya. kenapa??????????



5. First time demam campak - 9 Sept - 14 Sept
Sebab inilah hari raya kelima baru boleh beraya. until now, masih belum pakai baju raya sedondon keluarga. tunggu 23hb ni ada outdoor shooting raya baru officially pakai baju sedondon. papa pun pakai baju tu untuk solat raya je. mama papa tak pakai baju raya, pakai baju comot je pagi raya sebab takde mood, aaqil tak sehat.

6. First time potong rambut - semasa berusia 3mon, until now dah 4 kali potong di kedai, tak termasuk cukur rambut masa pantang dulu ye. paling lama rambut akan panjang dalam masa 2 bulan, lepas tu dah kena potong!

Rasa-rasanya itu ajelah dulu kot. nanti kalo aku ingat aku update semula ye.

My BF Jorney

Assalamualaikum & salam ramadhan

setelah 14 hari berpuasa... Syukur, dengan berkat ramadhan susu pun semakin banyak. Semenjak menghadiri sesi kaunseling pada 6 Ogos yang lalu...sampai sekarang, aku masih dan makin suka membuat power pumping

Jadual Pump di Office
9 pg - 11 pg - 1 ptg - 3ptg

Direct Feeding
5ptg - 7 ptg - 9 mlm - 11 mlm

Pump waktu malam
3pg - 5pg -6.30pg

tetapi jadual pump tu mengikut fleksibiliti dan jika aku ada kelas, akan ku adjust, tetapi yang penting mesti 4x dan keatas sesi mengepam kat office! Tapi ingat ye, pump aku tak perlu dipegang boleh hfree walaupun bukan yang jenis HFree. dan tiada alasan untuk aku tidak menghadiri kursus harian. aku memerah dan mengepam dimana-mana sahaja : dalam surau, kat workplace, dalam kereta, airport, hotel bilik mesyuarat dll.

hari cuti : DF n marmet bila aaqil makan n tidur, yang lain mengempeng! Aqqil pernah tertidur duduk sambil menyusu dan pernah juga tertidur diatas dada mama sambil susu. Suggguh indah bonding itu! Syukur, stock susu aaqil semakin bertambah. hati berbunga riang.



Saya anak susu mama


lately ni suka buat mulut ikan

Nak kongsi jadual pemakanan Aaqil
7pg - DF
9pg - BF (Biskut, agar2, puding, caremel, kelapa jelly,koko crunch, sweet corn =mana2 yang ada la)+ susu Mama or fresh milk mengikut kesesuaian
12.30t/r - makan tengahari (bubur nasi dengan pelbagai perisa sayur dan lauk mengikut giliran)
2ptg - Susu Mama
4 ptg - kudapan & susu Mama
6 ptg - makan malam (bubur)
8 mlm -kudapan -kadangkala
8mlm-7pg - susu mama


kawan baik Aaqil - papa

berbalik pasal raya, kami sekeluarga dah fitting baju raya...sedondon! tak sabar rasanya nak beraya dengan Aaqil (boleh kutip duit raya)hehhehe

Oklah u olls.. selamat bepuasa..

Kaunseling Penyusuan vs Salam Ramadan

Assalamualaikum
Salam ramadan pada semua umat Islam. Semoga ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

alhamdulillah hari Isnin yang lepas saya bersama suami berkesempatan untuk menghadiri sesi kaunseling di Sarakids oleh Kak Farah.. sedar tak sedar hampir 2 jam juga kami berkaunseling penyusuan. Thanks a lot kak farah coz tak ramai yang sudi untuk berkongsi ilmu.

Sesi kaunseling bukan sahaja berkisarkan tentang penyusuan malah mengenai pemakanan Aaqil.. thanks once again, i really appreciate it. Maklumlah anak sulung, so saya n suami tak berapa pandai lagi. Selepas sesi kaunseling baru saya tersedar yang Aaqil dah besar rupanya...9 mons! nampaknya saya bersikap protective, iaitu terlalu protect anak especially dalam soal makanan sedangkan aaqil perlu mencuba pelbagai jenis dan tekstur makanan.

Saya juga akan melakukan power pumping untuk meningkatkan penghasilan susu sepertimana yang disarankan oleh Pn Farah. Thanks agains and agains coz telah banyak 'membuka minda' saya. Thanks juga pada suami yang sangat menyokong penyusuan saya untuk Aaqil dan meluangkan masa untuk bersama sesi kaunseling tersebut.

Untuk Pn farah
- Semoga dimurahkan rezeki
- Semoga selamat bersalin
- Semoga teruskan "jihad" penyusuan kerana penyusuan adalah saranan agama dan pada saya ianya satu jihat dan cabarannya amat besar!



- wajah kesayangan saya dan suami tidur sambil menyusu -



- quess what i'am doing????? memilk!-



- semasa Aaqil berumur 1 bulan -

Sungguh saya release selepas sesi kaunseling tersebut dan saya berazam untuk hanya memberikan yang terbaik kepada Aaqil tersayang.

Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku dan banyakkanlah air susu untuk anakku. sempena Ramadan yang mulia ini juga aku dan suami ingin memohon maaf sekiranya kami ada membuat kesalahan. Semoga kita semua diberkati. Amin...

Aaqil Sayang Papa

Assalamualaikum

seperti yang aku pernah cakap dalam entri yang sebelum ini, Aaqil suka sangat mencium papa dia... tanpa perlu disuruh! kadang2 kalau dia cium tak berbunyi papa dia akan cakap "tak bunyi pun, kiss la papa lag! so aaqil akan buat bunyi mmmmmmmmmmmmm.... geram je aku tengok, jeles pun ada...layan je la gambar yang sempat disnap ni





Aaqil akan kiss sambil mencalarkan muka papa...hehehheeh



papa pun sayang aaqil.....ni gamabar masa aaqil berusia 2 bulan...aku sangat suka gabar ni..

Membaca Jambatan Ilmu

9:22 PM by @AzurAzwan@ 0 comments



Beginilah gelagat Aaqil bila membaca buku (baca la sangat!) Ni sebenarnya buku touch n Feel.. sangat menarik, pemberian dari Anmum....hehehhe borang2 yang aku isi masa preggy kat UMRA dulu. banyak juga info2 yang berfaedah yang dihantar dan yang bestnya mengikut perkembangan umur baby. Aku tak minum susu, aaqil hanya BF tapi dapat juga walaupun aku takpernah beli barang Anmum. timacih...

His First Time Part II

Hi all... dah lama tak update blog...bukan kenapa, gambar tak dapat nak upload ada prob cikit..


Jom tengok apa Aaqil punya first time part II ni


1. First time teman mama g kerja outstation - 18 - 20 Mei Hotel Seri Malaysia Kuantan.


-tengok anak mama ni leka tengok TV kat hotel-

2. First time naik walker 26 June 2010. Even walker not so good for baby but we decide juga to buy untuk memudahkan menyuap aaqil makan.



-Aaqil hanya naik walker dengan perhatian/jagaan mama@papa sahaja. Suka main kejar2 dengan papa, berpeluh 1 badan.. sihat. sihat.



- masa ni tengah test walker kat babyland Summit-

3. First time mandi kolam - 13 Julai 2010. rasa2nya ni la gajet Aaqil yang paling susah nak cari. dari Shah alam sampai Kl, sampai mama kena book dulu, survey dll.. semuanya demi Aaqil







- aktiviti wajib hujung minggu kami sekeluarga - yahooo!!!!

best kan ada anak??best sangat! alhamdulillah.

Sebab Inilah Aku BF

Hi salam...assalamualaikum

dah lama tak sempat nak update blog..

sempat blog walking and tertengok graf ni..



Salah satu sebab...dan inilah yang aku masih tegar dan akan terus tegar untuk fully Bf Aaqil sampai 2 tahun atleast. Lantaklah apa orang nak cakap, apa orang nak pikir kerana hanya aku je yang tahu dan boleh berikan yang terbaik buat anakanda tersayang.

yang paling aku tak suka bila orang cakap,..."senangla Bf, jimat, tak payah beli susu tepung" pantang aku orang cakap macam tu. Bukan masalah jimat, even BF lagi costly rather than FM. BF mom kena jaga pemakanan, kena ambil supplement yang maintenance dia beratus sebulan, kena ada gajet BF yang mahal2!.Bukan masalah duit!

Aaqil 8 mon

8 bulan yang manja, teramat manja:
- nangis kalau ditinggalkan seorang
- suka panjat kaki papa kalo namapak papa dia nak g mana-mana
- dah pandai berdiri with support (hobi dia memanjat aje)
- cepat bosan dengan sesuatu permainan - fenin mama papa nak beli mainan apa lagi
- suka main air - dah ada kolam sendiri
- dah pandai mencebikkan muka n nagis kalau mama marah...hehehhe
- dah pandai faham perasaan mama especially
- pandai mendengar kata ....alhamdulillah - berkat susu ibu barangkali
- badan agak susut sedikit coz lasak
- dah pandai main dengan walker dia...tapi kejab aje la, pas tu bosan
- hanya makan makanan yang dimasak oleh papa mama sahaja. bubur dengan pelbagai perisa
- suka makan buah
- suka cium papa, jeles mama dia



**credit tu kak rina 4 the mafla n kak aton for the snow cap**** for kak ira, jersey tu Aaqil tak muat lagi la...besar!

Doa mama: Semoga Aaqil sehat selalu, murah rezeki, jadi anak yang soleh.




- His First Time -

Memiliki anak meyebabakan segelintir ibu bapa sentiasa bersedia untuk merakamkan momen-momen indah si kecil. Segala-galanya nak diabadikan sebagai kenangan yang abadi. Begitu juga dengan aku, tapi aku takde la extreme sangat. Tapi almost semua detik-detik pertama si manja sempat aku abadikan dalam gambar. Jom kita tengok!


First Time Bergambar - Aaqil masa dalam Labour Room, less than 1 hour selepas lahir. Detik indah buat mama & papa







First Time balik rumah mama papa - 15 Nov 2009 sehari selepas dilahirkan








First Time Naik Buai - Lebih kurang dalam 5 - 7 hari selepas lahir. Aaqil siap boleh senyum suka dibuai oleh Kakak Rina



First Time Beraya Haji - Dalam 2 minggu selepas dilahirkan





First Time botak - 25 Dis 2009 untuk majlis cukur jambul



First Time naik Pelamin. Of course lepas ni anak mama papa akan naik pelamin lagi untuk persandingan sendiri - masa ni naik pelamin untuk majlis berendoi. Mama papa doakan semoga sayang dipermudahkan segala urusan terutamanya dalam membina perkahwinan dan semoga sayang mendapat isteri yang solehah.



First Time Meniarap - 14 Feb 2010 (genap usia Aaqil 2 bulan dah boleh meniarap)






First Time Demam - masa mencabar dan menguji mama & papa especially bila tengok anak kesayangan tak sihat - 3 Apr 2010




First Time Merangkak - 13 Apr 2010 - Lor...demam nak merangkak rupanya sayang mama papa ni...



Ada gambar yang lebih jelas Aaqil merangkak tapi censored sikit...belum sempat edit. Doa mama semoga Aaqil akan dipermudahkan dalam segala urusan especially your first time coz banyak lagi yang akan dilalui dalam kehidupanmu nak.

BZ week*@&

Salam to all!

minggu ni merupakan minggu yang palin BZ untuk aku kat ofis. tadi boss bagitau projek pahang on bulan JUNE - ayamak! Projek besau tu bak kata orang nogori... Esok ada evaluation for APC lagi...for APC my part dah settle...

Minggu ni juga merupakan minggu suram aku....production tak meriah..mengalami zaman merudum! need to do something! yes i will do anything for my loved ones.


-Buah hati mama&papa -

This week nak bawa Aaqil g check-up 4 mons... tak de injection yang wajib so this month Aaqil akan ambil optional injection Pneumococal n 2nd dos untuk Rota Virus. Walau pun perlu berbelanja lebih untuk optional vaccine ni (around RM200 per vaccine)tapi aku tetap rasa berpuas hati n sentiasa berdoa semago Aaqil akan mendapat kesihatan yang baik sepanjang hayat!



- Aaqil...mama&papa sentiasa mendoakan semoga sayang murah rezeki, jadi anak yang soleh, n sihat selalu! i Nebiu!


Aaqil sekarang dah pandai main jerit2. lawan jerit dengan papa n mama dia selalu. Lepas tu tersengih! Tu yang buat mama geram tu.



- aaqil ngan playgymnya_

My Little Son



Hmm....nak update blog la. heheheh baru ada 2 entri, takpe la. A new start. Setiap kali kat office rinda pada my little prince Azra Aaqil.. budak baik dah 4+ bulan. Alhamdulillah. Semakin besar, semakin senang mama & papa nak jaga. Cuma lately suka menjerit2. Dah mula belajar memegang.

Meniarap dari 2 bulan lagi Aaqil dah pandai. Sekarang suka angkat2 bontot n menyulur ke depan & boleh tukar posisi meniarap ke melentang.


Aaqil sayang mama& papa

Lilypie Breastfeeding tickers