Showing posts with label Breasfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breasfeeding. Show all posts

Perjuangan Yang Belum Selesai...

Akan ku perjuangkan yang ini sepanjang hidup



-hanya ini yang terbaik mampu diberi kepada cinta hati kami

My BF Jorney

Assalamualaikum & salam ramadhan

setelah 14 hari berpuasa... Syukur, dengan berkat ramadhan susu pun semakin banyak. Semenjak menghadiri sesi kaunseling pada 6 Ogos yang lalu...sampai sekarang, aku masih dan makin suka membuat power pumping

Jadual Pump di Office
9 pg - 11 pg - 1 ptg - 3ptg

Direct Feeding
5ptg - 7 ptg - 9 mlm - 11 mlm

Pump waktu malam
3pg - 5pg -6.30pg

tetapi jadual pump tu mengikut fleksibiliti dan jika aku ada kelas, akan ku adjust, tetapi yang penting mesti 4x dan keatas sesi mengepam kat office! Tapi ingat ye, pump aku tak perlu dipegang boleh hfree walaupun bukan yang jenis HFree. dan tiada alasan untuk aku tidak menghadiri kursus harian. aku memerah dan mengepam dimana-mana sahaja : dalam surau, kat workplace, dalam kereta, airport, hotel bilik mesyuarat dll.

hari cuti : DF n marmet bila aaqil makan n tidur, yang lain mengempeng! Aqqil pernah tertidur duduk sambil menyusu dan pernah juga tertidur diatas dada mama sambil susu. Suggguh indah bonding itu! Syukur, stock susu aaqil semakin bertambah. hati berbunga riang.



Saya anak susu mama


lately ni suka buat mulut ikan

Nak kongsi jadual pemakanan Aaqil
7pg - DF
9pg - BF (Biskut, agar2, puding, caremel, kelapa jelly,koko crunch, sweet corn =mana2 yang ada la)+ susu Mama or fresh milk mengikut kesesuaian
12.30t/r - makan tengahari (bubur nasi dengan pelbagai perisa sayur dan lauk mengikut giliran)
2ptg - Susu Mama
4 ptg - kudapan & susu Mama
6 ptg - makan malam (bubur)
8 mlm -kudapan -kadangkala
8mlm-7pg - susu mama


kawan baik Aaqil - papa

berbalik pasal raya, kami sekeluarga dah fitting baju raya...sedondon! tak sabar rasanya nak beraya dengan Aaqil (boleh kutip duit raya)hehhehe

Oklah u olls.. selamat bepuasa..

Kaunseling Penyusuan vs Salam Ramadan

Assalamualaikum
Salam ramadan pada semua umat Islam. Semoga ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

alhamdulillah hari Isnin yang lepas saya bersama suami berkesempatan untuk menghadiri sesi kaunseling di Sarakids oleh Kak Farah.. sedar tak sedar hampir 2 jam juga kami berkaunseling penyusuan. Thanks a lot kak farah coz tak ramai yang sudi untuk berkongsi ilmu.

Sesi kaunseling bukan sahaja berkisarkan tentang penyusuan malah mengenai pemakanan Aaqil.. thanks once again, i really appreciate it. Maklumlah anak sulung, so saya n suami tak berapa pandai lagi. Selepas sesi kaunseling baru saya tersedar yang Aaqil dah besar rupanya...9 mons! nampaknya saya bersikap protective, iaitu terlalu protect anak especially dalam soal makanan sedangkan aaqil perlu mencuba pelbagai jenis dan tekstur makanan.

Saya juga akan melakukan power pumping untuk meningkatkan penghasilan susu sepertimana yang disarankan oleh Pn Farah. Thanks agains and agains coz telah banyak 'membuka minda' saya. Thanks juga pada suami yang sangat menyokong penyusuan saya untuk Aaqil dan meluangkan masa untuk bersama sesi kaunseling tersebut.

Untuk Pn farah
- Semoga dimurahkan rezeki
- Semoga selamat bersalin
- Semoga teruskan "jihad" penyusuan kerana penyusuan adalah saranan agama dan pada saya ianya satu jihat dan cabarannya amat besar!



- wajah kesayangan saya dan suami tidur sambil menyusu -



- quess what i'am doing????? memilk!-



- semasa Aaqil berumur 1 bulan -

Sungguh saya release selepas sesi kaunseling tersebut dan saya berazam untuk hanya memberikan yang terbaik kepada Aaqil tersayang.

Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku dan banyakkanlah air susu untuk anakku. sempena Ramadan yang mulia ini juga aku dan suami ingin memohon maaf sekiranya kami ada membuat kesalahan. Semoga kita semua diberkati. Amin...

Sebab Inilah Aku BF

Hi salam...assalamualaikum

dah lama tak sempat nak update blog..

sempat blog walking and tertengok graf ni..



Salah satu sebab...dan inilah yang aku masih tegar dan akan terus tegar untuk fully Bf Aaqil sampai 2 tahun atleast. Lantaklah apa orang nak cakap, apa orang nak pikir kerana hanya aku je yang tahu dan boleh berikan yang terbaik buat anakanda tersayang.

yang paling aku tak suka bila orang cakap,..."senangla Bf, jimat, tak payah beli susu tepung" pantang aku orang cakap macam tu. Bukan masalah jimat, even BF lagi costly rather than FM. BF mom kena jaga pemakanan, kena ambil supplement yang maintenance dia beratus sebulan, kena ada gajet BF yang mahal2!.Bukan masalah duit!

Aaqil 8 mon

8 bulan yang manja, teramat manja:
- nangis kalau ditinggalkan seorang
- suka panjat kaki papa kalo namapak papa dia nak g mana-mana
- dah pandai berdiri with support (hobi dia memanjat aje)
- cepat bosan dengan sesuatu permainan - fenin mama papa nak beli mainan apa lagi
- suka main air - dah ada kolam sendiri
- dah pandai mencebikkan muka n nagis kalau mama marah...hehehhe
- dah pandai faham perasaan mama especially
- pandai mendengar kata ....alhamdulillah - berkat susu ibu barangkali
- badan agak susut sedikit coz lasak
- dah pandai main dengan walker dia...tapi kejab aje la, pas tu bosan
- hanya makan makanan yang dimasak oleh papa mama sahaja. bubur dengan pelbagai perisa
- suka makan buah
- suka cium papa, jeles mama dia



**credit tu kak rina 4 the mafla n kak aton for the snow cap**** for kak ira, jersey tu Aaqil tak muat lagi la...besar!

Doa mama: Semoga Aaqil sehat selalu, murah rezeki, jadi anak yang soleh.




Apa-apa aje la!

Hi all!

Apa mood aku hari ini???kenapa aku macam ni???tertekannya!Bukan kerana kerja yang melambak2 kat atas meja aku ni..... dah tentu bukan kerana suami tercita @ anak tersayang ...semuanya kerana.............


kerana.............


kerana milk production aku merudum lagi! ni mesti kerja kawan baik yang dah jenga-jengah tu....risaunya aku...tapi aku buat tak layan sangat. bila la aku punya Medela breast pump tu nak siap service... hu....

merindui hasil yang awal bulan ini...best! tak kira pagi, t/hr, ptg or mlm = masyuk jer.




Hasil yang masyuk....cepat la kembali



Apa lagi nak aku cuba ni????? jantung pisang?= dah pegaga?= dah karot?= dah bayam?=dah cheese?=dah pil moridone?=dah air teh logan+kurma merah?=dah cakap je la ape yang maybe aku tak tulis kat sini...semua dah aku cuba. hu hu hu hu....

Ponteng sesi mengepam?????? = TAK PERNAH walau sesibuk mana pun aku
Aaqil kurang direct feeding?????? = Lately ni dia kerap direct BF especilly malam = 3 kali dia akan BF, memang aku suka Aaqil Bf kerap waktu malam/siang.
Aku ada ambil ubat/drugs = TAKDE langsung!
Aku p------- = BELUM LAGI... Aaqil taknak adik lagi. dia nak bermanja dulu



ni masa outstation ke Kuantan...aku tetap buat rutin harianku untuk anak tersayang.

kadang-kadang aku soh Aaqil doakan semoga aku banyak susu... coz aku dah berjanji dengan dia semasa dia dalam kandungan lagi yang aku akan susukan dia sehingga umo dia 2 thn atlest.


Ni masa aku g Kuantan_aku tetap tak lupa pump even terpaksa curi2 masa.

Ya Allah ya tuhan ku....berikanlah hamba mu ini kekuatan dan rezeki yang banyak (susu) supaya aku dapat menjalankan tanggungjawabku kepada anakku dan tanggungjawabku kepada Mu Ya Allah dengan sebaiknya. Amin......

Cepat la masa suram ini berlalu.....







- Berdosanya mama pada Aaqil andai mama gagal dalam menjalankan tanggungjawab untuk menyusukan Aaqil sehingga at least 2 yrs..







_senyumanmu membuatkan mama rasa sangat gembira, bersyukur, sangat terharu yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata...setiap kali ambil dari rumah babysitter, Aaqil akan memberikan senyumnya pada mama papa - mama rindu awak!

- Nice Weekend -

Salam to all!

Hmmm....review balik aktiviti this weekend. hari sabtu dok umah jer, seharian layan Aaqil. Hubby pula sibuk sangat start friday till sunday. Apa lagi, melayan si kecik tu je la. Walaupun agak penat kena mandikan, main n jaga Aaqil sorang2 tapi puas hati dapat besama-sama buah hati tersayang. 4 ur info, masuk ni baru 2kali saya mandikan Aaqil. B4 this hubby yang mandikan dengan alasan saya tak berani.

nak cerita ni... On Sunday, i attended BF Class @Sarakids in TTDI Jaya. Banyak ilmu yang diperolehi dari 2 orang Certified LC Pn Farah n Pn Suraya. Class yang suppost habis @ 1 pm jadi habis 2.30pm! Tak ternilai rasanya dengan hanya melabur RM80 kita dapat ilmu yang sangat2 berguna n boleh digunakan sepanjang hayat.

The key point dari BF Class to be shared : -

- BF is all about demand & Supply. Increases in demand will increase the supply. so rajin2 la menyusukan @ mengepam @ mengosongkan Breast to send signal to brain to produce more milk.

- Breast is for BF purpose/ milk prodution. Tengok macam mana orang barat tukarkan pemikiran kita dengan menjadikan breast as a sex symbol. Memang tak patut!

- Dalam mengepam the quantity is not important because sebanyak mana yang kita dapat bermakna banyak itu je la yang anak kita perlukan

- Keperluan penyusuan bagi anak yang Fully BF adalah tidak sama dengan anak yang dicampur FM@ fully FM. 1 oz BF mengatasi BerOz2 FM.

Thanx so much to both LC and i'am proud of them. Pn farah masih meyusukan kedua anaknya walaupun sedang mengandung while Pn Suraya fully Bf both anaknya even dia kene c-set for both baby. Salute u all la. terdetik juga dihati nak jadi berjaya macam mereka.

By the way, saya tak dapat nak ambil gambar BF Class coz bateri kamera kong! :(

BF Class


This coming sunday i goin to BF Class in Sarakids. Kaunselor Laktasi kat TTDI Jaya tu. hubby dah bayarkan tadi.. tapi dia tak dapat ikut coz ade kerja. Hopefully kelas ni dapat meningkat kefahaman n pengendalian susu ibu. Alhamdulillah my hubby sangat9 menyokong n selalu jadi penenang dikala aku stress kalo hasil yang sikit. Cakap je nak makan apa, nak beli apa untuk my BF dia akan beli. thanx sayang. I Nebiu!

Lilypie Breastfeeding tickers